Kiss the rain

Sunday, 7 May 2017

Coretan Hidupku

Assalamualaikum.. hari ni rasa nak menulis je sebab dah lama tak menulis dalam blogger ni, berdebu sudah.. hahaha maklumlah kita bukan ramai followers pun, hanya untuk suka suki serta luahan dari hati. nak cerita sikit berkaitan dengan 'ego' ni. Tipulah kalau takde ego. Pengalaman telah mendewasakan aku, tidak dapat aku ungkapkan selain ucapan bersyukur kerana telah menyedarkan aku dari terus dibuai keegoan, walaupun hanya sementara perkenalan kita tetapi dirimu telah membuatkan aku terus membuka mata aku dari terus dibelenggu keegoan. walaupun pahit harus ku telan kerana kehilanganmu tetapi aku tidak berhenti untuk terus mengejarmu untuk aku buktikan bahawa aku betul betul ingin menebus kesilapan aku yang dulu. Pelbagai kenangan yang telah terpahat dalam diri ini sehingga membuatkan aku terus merinduimu dan tidak sedikit pun aku ingin berpaling dari melihat orang lain kerana terlalu mencintai dirimu. faham kan? cehwahh ayat aku hahaa. Kay dah jom balik dari agenda utama kita pasal ego ni. Ego merupakan sifat semulajadi insan bernama manusia. Setiap orang ada egonya, janganlah dinafikannya cuma membezakan mereka dengan yang lain ialah tahap seseorang itu menunjukkan egonya. Ego bukannya 100% negatif, ada juga positifnya. Ego membuatkan lagi seseorang itu nampak kukuh pendiriannya, bagi lelaki pula lagi nampak sifat kepimpinannya, cuma janganlah melebih lebih. Aku pula punya ego fuhhh hanya orang yang tertentu je tahu, aku terlalu melebih sampailah aku kehilangan satu permata, sekarang baru aku faham. fuhh pedihhhhhh siot haha, kalau boleh aku nak sangat tebus kesilapan aku kalau diberi sekali lagi peluang. Jujur aku kata,lelaki ni biasanya egonya selalu mengganggap dirinya semua betul, samalah macam perempuan. Sekarang baru aku faham, tak kemana pun kalau kau ego wahai manusia. untuk manusia yang ego setinggi langit tu, bukalah mata awal awal sebelum orang yang kau sayang 'move on'.Kau marah dan jangan fikir kau je yang betul macam aku dulu huhu. Janganlah ego, nanti kau menyesal sebab perempuan ni bila dia dah move on mampus kau, aku dah kena. sedih nak mampus sampai sekarang haha. i'll always care for you, even if we're not together and even if we're far, far away from each other. Respect is one of the greatest expressions of love. Thank you and forgive me for all. Love you and take care of yourself.

No comments:

Post a Comment